desinger

Monday, August 22, 2011

Meriahnya Jln Tar & Kompleks PKNS Shah Alam..


Tengok la ramai giler giler kan rakyat malaysia..
semuanya sibuk berpusu-pusu nak menyerbu gedung-gedung pakaian..
membeli-belah yang pasti akan terbelah kat kawasan Jalan Tar tu terutamanya..
untuk memenuhi kelengkapan Hari Raya yang akan menjelma seminggu saja lagi...
weeeeeeehuhu!tak sabar kan nak beraya =)

Jln Tar

Ramai sampai kaki pun kena pijak aduii..

cantik =)

bukan setakat dalam kedai je ada yg meniaga 
sewa tapak pasang khemah dpn kedai 
so tak berapa nak nampak kedai baju2 tudung2 kat belakang tu


dah penat melilau menyusun tapak kaki kat Jln Tar ni...
keesokan malamnya aku ke Kompleks PKNS cari baju raya 
yang tak jumpa kat Jalan Tar cz tak de warna yang nak
size kecik cepat je kena rembat..
aku ni just pakai size 34 & 36 je yang muat..
almaklumlah cinderella katakan 
kasut pun size 3 & 4 je hehehehe =)
so sempat beli tudung je la dulu kat Jln Tar..
tudung untuk adik2 & family & untuk keluarga mertua & tak lupa juga untuk diri sendiri =)

after berbuka terus ke shah alam..

baju-baju kat sini lawa2 
harganya pun lawa2 RM200 keatas =)

nak pilih baju pun tak nampak 
terhalang dek kepala orang yang ramai sangat..

bayar parking autopay pn kena ikut Q
sampai mcm ni sekali uwaaaaaa!


so ending of the story..
tak mau dah shopping last2 minute nak raya..
next year nak shopping sebulan sebelum puasa lagi..
nak pengsan dibuatnya penat sesak dengan ramai orang..
harga pun kadang2 peniaga ni nak cekik darah pun ada..
harga mahal tapi bagi brand butik yang dah famous tu 
tak kisah sangat la kan..
so alhamdulillah dapat la beli baju raya akhirnya
brand DF Perempuan & tudung ID Perempuan =)
Selamat Hari Raya Semua =)








No comments:

Post a Comment

Slide Show Widget

Color me with your online