Alhamdulillah..hari ni dapat berbuka kat rumah..
Berbuka kat luar tak senikmat berbuka kat rumah sendiri bersama suami tercinta hehehe
So hari ni sempat la saya masak ayam masak rose..
Ayam ni diambil sempena nama depan saya la konon2nya hehe "Rosmaliza" =)
Eleh padahal ayam masak rose ni memang dah lama glamour&famous dari haku ni hahaha
So tolong pujuk diri sendiri banyak banyak banyak kuikuikuikui
Actually nak masak ayam tomato tapi ayam tomato lebih sedap dimakan
bersama nasi minyak,nasi beriyani je kot...
Hari ni lauknya ayam&ikan je semua semua versi simple huhu
Dan ulam kacang botol dengan budu&tempoyak tidak ketinggalan bagi penambah selera..
Kira hari ni simple je la dua jenis lauk..ikan tongkol goreng berempah je..
Pic ikan nya tak snap lagi cz nak goreng nanti dekat2 nak berbuka..
If goreng sekarang tak best la dah sejuk..kan lebih enak dimakan ketika masih panas2 =)
Resepinya:-
- 4 biji bwg merah - dibland
- 4 biji bwg putih - dibland
- 1 sk jintan manis - dibland
- 1 sk jintan putih - dibland
- 1 inci halia - dibland
- 1 tin kecil tomato puree
- sos cili
- sos tomato
- 4 sb cili boh@cili giling
- 1 batang serai - dibland@diketuk
- gula,garam&serbuk perasa
- bwg besar&daun limau purut - utk hiasan
Cara2:-
- Tumis bahan2 yg dibland tadi sehingga naik bau kekuningan
- kemudian masukkan cili giling@cili boh tumis sehingga kemerah2an
- seterusnya masukkan tomato puree,sos cili,sos tomato.if can masukkan sos tomato sikit je sebab tomato puree dah masam
- Biarkan bahan2 tadi ditumis lama sikit bagi memastikan kuah dia pekat
- kemudian masukkan ayam yang diperap dengan kunyit,halia&garam yang telah digoreng sederhana masak.
- masak sehingga mendidih kemudian masukkan 1/2 cawan air kemudian biar sehingga kuahnya pekat.
- hiaskan dengan bwg besar,cili merah&daun limau purut.
No comments:
Post a Comment