desinger

Thursday, August 25, 2011

~ Packing Bag-Bag Balik Kg ~

Teringat kenangan masa kecik2 dulu2
main bunga api ramai2 mlm raya bersama sepupu2&adik beradik 
sgt seronok masa 2 hmmm =)

Alhamdulillah..selesai sudah kerja2 rumah yang mane tak sempat nak buat dh terbuat sudah hehe
hmmmm..actually pagi tadi nak ke klinik so xjadi sebab xberdaya..
bila relax2 kat rumah baring2 boring boring la plak yang jadinya hukhuk
so kemas la rumah ape yang patut..
kemas bag2 packing baju2 biskut raya,coklat raya...
hamper yang my syg dpt kt tempat kerja nak bawa balik kat kg...
insyaallah balik bersama adik&abang yang mau tumpang dua kaki..
so akhir kata "Selamat Balik Kg&Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin" =)

Selamat Balik Kg..
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Berhati2 dijalan Raya
Biar Lambat Asal Selamat =)


Tuesday, August 23, 2011

Dah Dapat Dah..

lbh kurang mcm ni la soto semalam snap kt google
nampak sdp tp masin perap..errrkkkk eiiuuuuwwwww..

Actually semalam my syg belikan laksam dengan soto nasi impit..
kat bazar ramadhan Kelana Jaya..
ternyata dah dapat la makan laksam yang diidam2kan..
tapi rasanya memang failed lah..i was very disappointed to feel that...arghhhh :-/
my syg cakap tak pe la makan je sikit nanti balik kelate kita beli la tak pun makan kat kedai kg kelar tu..
mau tak mau aku telan jugak 4sudu dah tak boleh nak telan lagi dah..
memang dah tak boleh nak tipu diri sendiri..
memang tak sedap tak sama dengan laksam kelate...
soto dia pulak masin giler orang kelate cakap masin perap!
argghh..if aku larat dah lama aku buat sendiri..
biasa soto nasi impit aku buat sendiri je kat rumah gampang aje kok!

laksam pn lbh kurang mcm ni je la
nampak dh tau x sdp 
bekas dia je cantik guna bekas mcm tau fu fa tu..


hmmm redha je la ya Allah tak sabarnya nak balik kg..menikmati makanan kat kelate..
kelate ku penuh dengan makanan yang best2 bak kata omputih...
"kelantans is a food heaven you knw"(sila baca dlm versi omputih baru belajar cakap bahasa melayu) =)

Monday, August 22, 2011

Meriahnya Jln Tar & Kompleks PKNS Shah Alam..


Tengok la ramai giler giler kan rakyat malaysia..
semuanya sibuk berpusu-pusu nak menyerbu gedung-gedung pakaian..
membeli-belah yang pasti akan terbelah kat kawasan Jalan Tar tu terutamanya..
untuk memenuhi kelengkapan Hari Raya yang akan menjelma seminggu saja lagi...
weeeeeeehuhu!tak sabar kan nak beraya =)

Jln Tar

Ramai sampai kaki pun kena pijak aduii..

cantik =)

bukan setakat dalam kedai je ada yg meniaga 
sewa tapak pasang khemah dpn kedai 
so tak berapa nak nampak kedai baju2 tudung2 kat belakang tu


dah penat melilau menyusun tapak kaki kat Jln Tar ni...
keesokan malamnya aku ke Kompleks PKNS cari baju raya 
yang tak jumpa kat Jalan Tar cz tak de warna yang nak
size kecik cepat je kena rembat..
aku ni just pakai size 34 & 36 je yang muat..
almaklumlah cinderella katakan 
kasut pun size 3 & 4 je hehehehe =)
so sempat beli tudung je la dulu kat Jln Tar..
tudung untuk adik2 & family & untuk keluarga mertua & tak lupa juga untuk diri sendiri =)

after berbuka terus ke shah alam..

baju-baju kat sini lawa2 
harganya pun lawa2 RM200 keatas =)

nak pilih baju pun tak nampak 
terhalang dek kepala orang yang ramai sangat..

bayar parking autopay pn kena ikut Q
sampai mcm ni sekali uwaaaaaa!


so ending of the story..
tak mau dah shopping last2 minute nak raya..
next year nak shopping sebulan sebelum puasa lagi..
nak pengsan dibuatnya penat sesak dengan ramai orang..
harga pun kadang2 peniaga ni nak cekik darah pun ada..
harga mahal tapi bagi brand butik yang dah famous tu 
tak kisah sangat la kan..
so alhamdulillah dapat la beli baju raya akhirnya
brand DF Perempuan & tudung ID Perempuan =)
Selamat Hari Raya Semua =)








Sunday, August 21, 2011

Termengidam Sudah..

Satu kes dah start dah..
hari ni tetiba buka google tengok banyak banyak banyak banyak..
pic.............
Laksam Kelantan



Nasi Tumpang Kelantan

Nasi Tumpang ada byk lauk 
udang,ikan,telur,ikan bilis,sambal..


Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah



Ya Allah..begini rupanya rasa mengidam yang sebenar..
Tak sabar rasanya nak balik kampung..
Nak makan Laksam Kelantan yang ada Telur Burung Puyuh 
bersama Serunding Daging kat Kampung Kelar Pasir Mas..
Nak makan Nasi Tumpang kat Jalan JKR belakang S.U.K KB..
Nak makan Nasi Kukus Ayam Berempah kat Jln Sri Cemerlang@Jln Kebun Sultan KB..
Betapa Besarnya Nikmat yang Allah berikan...
Subhanallah..Alhamdulillah...

Saturday, August 20, 2011

~ Trimester Pertama Kehamilan ~


morning sickness during pregnancy 


Di awal kehamilan

Kebiasaannya bakal ibu akan dibayangi perasaan takut terhadap kemungkinan berlakunya keguguran. Ada di antara mereka yang merasakan cemas berlebihan apatah lagi kehamilan tersebut adalah yang pertama. Selain cemas, perasaan dipinggirkan oleh orang di persekitaran juga kerap dirasakan. Ibu hamil mungkin merasa tertekan kerana keinginan untuk terus bercerita tentang kehamilan sedangkan rakan yang lain pula kurang berminat.
Sekiranya ada ibu hamil merasai keadaan sedemikian maka carilah kelompok dari kalangan ibu hamil juga supaya masing-masing dalam meluahkan perasaan dan bertukar pandangan. Selalunya gejolak emosi tersebut merupakan satu pernyataan atau keinginan supaya diri lebih diberi perhatian oleh orang sekeliling terutamanya suami. Ia memang wajar sekali buat ibu hamil. Namun jika perubahan emosi tersebut sudah masuk ke tahap kemurungan maka sebaiknya diawasi.
Kemurungan akan menyebabkan pembuluh darah di rahim mengecut sehingga menyebabkan aliran darah ke rahim berkurang. Sekali gus membuatkan aliran darah ini ke janin berkurang dan janin akan menerima lebih sedikit oksigen dan nutrisi. Selain itu, ibu hamil yang murung juga akan menyebabkan anak yang lahir turut menunjukkan gejala tersebut misalnya hiperaktif ataupun lebih banyak meragam.





TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai mengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.
Perkara yang dialami pasangan

- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… =)
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.
Perkara yang boleh suami lakukan
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.
*hmmm...patut la syg cakap aku makin manja sekarang ok ape..husband bertambah tambah tambah sayang la kan kat wife dia hehehehe jangan manja mengada-ngada buat-buat sudah la kan =)


Friday, August 19, 2011

~ 19 Ramaadhan Sudah ~


Erm...walaupun keadaan tak berapa sihat tak boleh nak jalan banyak2 duduk banyak banyak..
disebabkan sakit punggung yang teramat sangat..
aku tetap gagahkan juga diri masak menu berbuka untuk hari ni..
gulai ikan tongkol versi kelate..
nak buat kari mari ni dah naik muak dah anak tekak ni...
so boleh la makan option dengan budu&tempoyak ulam-ulaman..
bagi menambah lagi selera orang yang mengidam nak makan gulai ni wuhuhuhuhu
makan pulak dengan kerabu mangga..buah mangga yang dah hampir nak masak ni..
syg dapat dari kawan ofis dia katanya..
so penat tak penat badan hari ni buat slow slow slow je ktung ktang ktung ktang sorang2 kt dapur tu hehe
disebabkan tak de timun batang..so aku kreatifkan je sendiri guna ape yang ada dalam freeze tu..
guna ubi kentang&bendi je la..
hmmm rasa menjadi&sedap jugak nampaknya kan hehehe

Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol Kelate..
  • 5 biji bawang merah - dibland
  • 4 biji bawang putih - dibland
  • 1/2 biji bawang besar - dibland
  • 1 batang cili besar - dibland
  • 2 inci lengkuas - dibland
  • 1 inci kunyit hidup - dibland
  • 1 batang serai - dibland
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 gula melaka/nisan
  • gula&garam
  • 1 ekor ikan tongkol/aya yang telah direbus dgn garam&asam keping gunakan air rebusan jgn buang
  • 1 kotak santan ayam brand
  • 1 kiub pati ikan bilis

Cara2
  1. tumis bahan2 yang dibland tadi sehingga naik bau
  2. masukkan sedikit air
  3. masukkan santan
  4. tunggu mendidih 
  5. masukkan ikan yang telah direbus tadi sekali dengan air rebusan tadi
  6. masukkan gula&garam&asam keping&kiub pati ikan bilis&nisan
  7. last sekali masukkan sayur2 timun,bendi,ubi kentang

Selamat mencuba =)

Thursday, August 18, 2011

~ Alhamdulillah Syukur ~

snap guna hp jer..dgn camera flash terang sgt xnampak jelas =)

Sejak puasa ni rasa badan lain macam jer..
demam la selsema la tapi tu kan perkara biasa..
bila pergi klinik tak de plak doktor detect ape-ape..
just bagi ubat demam&selsema je la..
tapi after 2-3hari ni rasa lain macam..
malam semalam nak makan sangat2 maggie goreng my syg masak..
so alhamdulillah dapat la mkn kan..alih2 timbul plak citer lain esoknya..
pagi semalam ada ke bau kat hidung ni macam mangga masak..
nak sedapkan hati konon-konon la kan...
so pergi la terkedek-kedek kat dapur nak buat spot check kt dapur yang spot-less ni hehe
eh tak de pun mangga masak nya terbayang mangga yang kuning keemasan dimata hati..
ke syg beli letak dalam peti?tak kan la kuat sangat baunya sampai ke luar ruang tamu..
ke jiran sebelah makan mangga masak pagi2 hari sebelum pergi kerja bulan2 puasa ni..
ahhh..macam2 andaian yang bermain dibenak fikiranku ini...
siap buat hidung lagi kembang-kempis kembang kuncup kembang kuncup je hidung ni..
habis la nanti hidung ni kuncup tak kembang2 dah huhu..
so story punya story semalam kul3.29 minit aku tersedar dari tidur tetiba rasa lapar..
lapar pelik lain macam je rasa..padahal semalam masa berbuka makan nasi punya la banyak..
lepas tu kul10 makan pulak mee goreng ala2 mamak spicy tuh..
sambil2 tengok WWF kul11 tekak ni terasa nak minum susu+milo+nestum yorker+quaker oat = puashati dah kenyang ahkhirnya..kul12.15 a.m aku pun masuk la tidur kan...
alih2 sedap2 tidur hingga termimpi2 chek guna pregnancy test..aku pregnant ker??
biar betul ni?so tersentap dari mimpi tu kul4.45 terus capai pregnancy test so terus meluru ke toilet..
nervous giler hati ni semua ada suka+happy+macam tak percaya+mimpi ke betul ni+tak sangka yeke??
Finally the last story is happy ending..aku pregnant...=) yessss!Alhamdulillah Syukur =)
Esok if ada kesempatan nak pergi klinik la buat checkup...
wahh!first time jumpa doktor dalam keadaan hati bergembira...
yela la kan biasanya orang pergi klinik sakit, hati gundah gulana, demam monyok je..
ok la sekian terima kasih =)

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan ~Ayam Masak Rose~


Alhamdulillah..hari ni dapat berbuka kat rumah..
Berbuka kat luar tak senikmat berbuka kat rumah sendiri bersama suami tercinta hehehe
So hari ni sempat la saya masak ayam masak rose..
Ayam ni diambil sempena nama depan saya la konon2nya hehe "Rosmaliza" =)
Eleh padahal ayam masak rose ni memang dah lama glamour&famous dari haku ni hahaha
So tolong pujuk diri sendiri banyak banyak banyak kuikuikuikui
Actually nak masak ayam tomato tapi ayam tomato lebih sedap dimakan
bersama nasi minyak,nasi beriyani je kot...
Hari ni lauknya ayam&ikan je semua semua versi simple huhu
Dan ulam kacang botol dengan budu&tempoyak tidak ketinggalan bagi penambah selera..
Kira hari ni simple je la dua jenis lauk..ikan tongkol goreng berempah je..
Pic ikan nya tak snap lagi cz nak goreng nanti dekat2 nak berbuka..
If goreng sekarang tak best la dah sejuk..kan lebih enak dimakan ketika masih panas2 =)

Resepinya:-

  • 4 biji bwg merah - dibland
  • 4 biji bwg putih - dibland
  • 1 sk jintan manis - dibland
  • 1 sk jintan putih - dibland
  • 1 inci halia - dibland
  • 1 tin kecil tomato puree
  • sos cili
  • sos tomato
  • 4 sb cili boh@cili giling
  • 1 batang serai - dibland@diketuk
  • gula,garam&serbuk perasa
  • bwg besar&daun limau purut - utk hiasan
Cara2:-

  1. Tumis bahan2 yg dibland tadi sehingga naik bau kekuningan
  2. kemudian masukkan cili giling@cili boh tumis sehingga kemerah2an
  3. seterusnya masukkan tomato puree,sos cili,sos tomato.if can masukkan sos tomato sikit je sebab tomato puree dah masam
  4. Biarkan bahan2 tadi ditumis lama sikit bagi memastikan kuah dia pekat
  5. kemudian masukkan ayam yang diperap dengan kunyit,halia&garam yang telah digoreng sederhana masak.
  6. masak sehingga mendidih kemudian masukkan 1/2 cawan air kemudian biar sehingga kuahnya pekat.
  7. hiaskan dengan bwg besar,cili merah&daun limau purut.


Saturday, August 13, 2011

Mee Kari Perghhhhhhhh Kauwwwwwwwwwwww Amekawwwwwww!

Menu Hari Ni =)

Resepi nya Macam Biasa la kan..

  • 5 biji bwg merah -dibland
  • 4 biji bwg pth - dibland
  • 2 inci halia - dibland
  • 1/2 bwg besar - dibland
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 plastik kecik serbuk kari baba's ayam
  • 2 sb serbuk cili baba's
  • 1/2 gula melaka/nisan
  • 1 kpg asam keping
  • gula & garam secukup rasa
  • ayam dipotong kecil sesuai dimakan bersama mee
  • 1/2 kg udang utk rasa kuah lebih manis
Cara2

  • tumis 4 beradik dulu...
  • kemudian tumis bahan2 yg dibland tadi sehingga naik bau & bwg kekuningan
  • masukkan serbuk kari ayam kacau rata&masukkan sedikit air 
  • kemudian tumis sehingga wangi pecah minyak 
  • masukkan pula ayam,gula&garam.gaul&tutup seketika bagi rasa ayam 2 sebati dengan baha2 tadi.
  • kemudian kacau bila dah pecah minyak masukkan santan
  • kacau hingga mendidih masukkan sedikit air jika pekat sgt kuah dia
  • masukkan udang laskt sekali...
  • ubi kentang pn boleh
  • siap dihidang
Hiasan Mee

  • 3 biji bwg merah - dihiris halus - digoreng
  • 3 biji bwg pth - dihiris halus -digoreng
  • sayur sawi - dicelup air panas sekejap sj
  • tauge - dicelup air panas
  • tauhu - dipotong nipis - digoreng garing
  • fish cake - dipotong nipis - digoreng 
  • cili padi - dipotong nipis
  • daun bawang&daun ketumbar
  • asam limau nipis
Selamat Mencuba & Berbuka Puasa =)


Friday, August 12, 2011

Menu Berbuka 12 Ramadhan


Ikan Keli Gulai Tempoyak Kelate =)

Hmm sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke3 kita berpuasa..
Anyhow..alhamdulillah...semoga kita semua mendapat kekuatan iman dlm  menjalaninya..amin..
Sempat la juga hari ni aku masak "Ikan Keli Gulai Tempoyak Kelate" hari ni..=)
Wahh Trade Mark Kelate 2 mesti kena ada heheheh
Anyway anak jati kelate la katoke heheheh
Biasa orang masak ikan patin gulai tempoyak..
Tapi memandangkan My Syg dh jemu kata nya ikan patin..
Dia nak kelainan pulak katanya..
So jadi la juga idea si suami ni..
Sedap "nyakut" ore kelate kato makan pulak dengan telur masin yang diperap dgn arang hitam 2..
Suka Telur Masin Yg diperap dgn arang dari yg jeruk dlm balang tuuu
rasa dia yg tak terlalu masin keterlaluan  =)


Alhamdulillah...Sila cuci mata ye..menu2 beberapa hari ni..time rajin je ambik gambar..time malas..buat tak tau je :-p

Resepi Ikan Keli Gulai Tempoyak Kelate 

Bahan-bahan:

1 ekor ikan keli/patin(angaran 1kg)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili api (kalau nak pedas boleh ditambah lagi)
1 helai daun kunyit@daun kesum
2 batang serai(diketuk)
1 inci kunyit hidup atau sedikit kunyit serbuk
1 inci lengkuas
3 sudu besar atau secukupnya tempoyak
1 kpg asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Kisar cili api bersama bawang merah,bawang putih,lengkuas,serai&kunyit hidup.
2. Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan bahan kisar,serai dan tempoyak, biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan keli/patin, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
4. Jika tidak masam, boleh ditambahkan lagi tempoyak.




Wednesday, August 10, 2011

Tak Mo Sedey-Sedey..


Tudung Raya Buat Umie Tersayang =)


Finally syg aku pujuk juga aku cz merajuk tak dapat balik beraya kt rumah umie..
Syg;- ayg jgn la merajuk lg dh tak cantik dah nti bertambah tua..
Ayg;- nak merajuk jg selagi tak balik rumah umie tengahari raya pertama..
Syg;- ok la ape kata hari ni abg bawa ayg g shopping tudung dato siti kt jln tar&masjid india yg org india nya   ramai kt sana..(lebih kurang mcm 2 la bunyi nya hukhuk)
Ayg:- hmm tetiba aku tersenyum belakang2 tak kasi syg aku nampak..lalu aku menjawab..hmm yeke ramai sgt la tu india kat sana(lalu tergelak kecil)
Syg;- ckp je ayg nak g mane hari ni..kita pusing2..kita g Sogo,Semua House,semua kedai yg ada kt situ...
Ayg;- amboi larat ke nak g semua kedai area2 situ..ok janji nanti raya pertama tengahari balik rumah umie..
Syg;- ok abg janji yanggggg =)
Ayg;- aku tersenyum sampai ke telinga.....3 ciuman hangat hinggap dipipi,didahi&dibi........=)


Tudung Buat Ibu Mertuaku =)

Ehem-ehem tudung saya tak boleh la nak tayang kt sini kan..
Anyway puas hati la juga hari ni dapat shopping 3 tudung siti =)
nantikan entry seterusnya after eid mubarak yea hehehe 



Raya Dah Tak Lama..

Raya Bersama Umie Last Year..


Hmmmmmmmm..dah 10 hari kita menyambut ramadhan..

pasti ada yang sudah tak larat..
sudah ada yang terasa kepenatan,lapar&dahaga..
tabahkan hati ya teman2..
tapi bila difikirkan persiapan raya terasa bersemangat semula melalui hari-hari yang memenatkan ini kan..
mungkin bagi kawan-kawan yang masih belum berkahwin..
sudah tentu tak sabar-sabar nak beraya bersama teman-teman menziarahi sahabat handai
hmmmm aku pula terasa rindu saat-saat solo dulu-dulu..
raya ke-2 dah start agenda open house ke sana sini...
dulu-dulu raya pertama bersama keluarga tercinta..
tapi tahun ni terasa kesyahduannya..sebab terpaksa beraya di rumah mertua..
hari raya pertama kt rumah mertua...sob sob ishk ishk..
raya ke-2 baru dapat beraya bersama umie&abah..
sedihnyaaaaaaaaaaa...walhal rumah aku&suami bukan jauh mane pun..
orang kata sekangkang kera je..20minit dah boleh sampai..
tapi tula sabar je..walaupun hati ni sedih...hmmm =(

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan..

Hari ni macam biasa masak..
tapi nak buat simple je menu hari ni cz xde mood nak masak..
anyway sekurang-kurangnya masak juga kan..
hmmm..menu hari ni kerabu mangga versi kelate&asam rebus bendi belacan lada hitam versi kelate jgk heheh
alhamdulillah inilah hasilnya................taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =)
Resepi Asam Rebus Bendi Lada Hitam
  • 10 biji bendi
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 3 biji bwg merah
  • 3 biji bwg pth
  • 1 inci belacan
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • 1 cube pati ikan bilis if xde tumbuk je ikan bilis
  • garam & gula secukup rasa
  • 3-4 cawan air
  • 5 tangkai cili api ditumbuk/potong/hiris nipis/potong belah dua


Cara2nya:-

Kisar atau tumbuk bahan2*. Masukkan bahan kisar, air,asam keping dan cili padi kedalam periuk dan biarkan hingga mendidih. Masukkan bendi dan biarkan hingga masak dan empuk perasa kan dengan garam dan serbuk perasa.matikan api dan siap untuk dihidang


Resepi Kerabu Mangga Muda Versi Kelate

*3 biji bawang merah - dibakar&ditumbuk
*2 biji mangga muda - diparut dicincang halus
*1 inci belacan - dibakar&ditumbuk
*3 tangkai cili padi - ditumbuk
*1/2 bawang besar - dihiris halus&dipotong dadu
*5 sb cuka secukup rasa
* 2 biji limau kasturi 
*2 sk gula
*1 sk garam

* gaul semua sehingga sebati siap untuk dihidang =)


Monday, August 8, 2011

Tajuk Hari Ni "Juadah Berbuka Lagiiiiiii =)"

Bahan2nya..

sotong belum sumbat lg nih 
pic sotong yg dh sumbat lupa nak snap hehe


Dah hampir nak masak..hmmm =)

Hai uolssssssssssss!hari ni aku sempat la masak ketupat sotong & udang sambal petai..
Aduiii tapi petai nya tak de..semua kedai cari malangnya tak de jgk..redha....
Actually ketupat sotong ni adalah resepi tradisi keluarga kami turun temurun..
Asal raya & puasa jek mesti kita orang akan masak ketupat sotong..
Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup aku
sebab first time buat ketupat sotong sendiri-sendiri sorang-sorang hukhuk bangga jg la rasa wei (^_^)
Dulu-dulu just tolong-tolong menyibuk je dengan family time buat ketupat sotong ni ngeh ngeh ngek!
if kt KL ni susah jg nk cari ketupat sotong kt bazar2 area PJ ni..
yang ada hanyalah sotong sumbat isinya dengan telur&so on..
So memandangkan Syg aku nak sangat makan ketupat sotong ni
aku gagahkan juga tulang empat kerat ni untuk suami tercinta..
akhirnya................ini lah hasilnya taraaaaaaaaaaaaaaaaa =)

Ketupat Sotong Kelate..


Resepi Ketupat Sotong
1.sotong berapa byk suka
2.1 cawan beras pulut - direndam 30minit
3.2 cawan santan pekat
4.1 keping gula melaka/nisan - if nak banyak pekat manis hitam lg letak 2kpg pn ok
5.3 ulas bawang merah - dibland
6.1 inci halia - dibland
7.5-6 tangkai cili kering - dibland - nak kasi kuah nya merah&pedas skit
8.1 sk garam
9.2 sk gula
10.2 sb kicap - nak kasi hitam
11.1 sk halba - nak kasi wangi
12.2 helai daun pandan - nak kasi wangi

Cara-Cara :-
* Masukkan santan
* Kemudian masukkan bahan2 yg dibland tadi cili kering,bwg merah,halia
* masukkan gula melaka/nisan sya guna 1kpg je cz xska manis2..nk guna lbh pn blh jer..
* kemudian tunggu mendidih seketika
*masukkan sotong,kicap manis@kicap masin pn boleh..
*akhir sekali masukkan halba & daun pandan.
*sedia utk dihidang, nak makan dengan nasi pn blh,nk makan begitu sja pn blh selamat mencuba..=)











Wednesday, August 3, 2011

Juadah berbuka semalam&hari ini

semalam my syg nk mkn ketam..
so pergi la bazar ramadhan dekat rumah beli ketam fresh..
tak sabar2 balik masak ketam kari..
so ini lah hasilnya..
sempat utk berbuka bersama..
dengan kerang bakar cicah air asam..

My Resepi Kari Ketam

1.bwg merah 4bji - tumbuk
2.bwg putih 4bji - tumbuk
3.bunga lawang - tumis
4.bunga cengkih - tumis
5.kulit kayu manis - tumis
6. buah pelaga - tumis
7.lada hitam - tumis
8.halia - hiris nipis&tumis
9.1/2 bwg besar  - tumbuk
10.1/2 cawan air & rempah kari udang,ketam,ikan pn blh baba's
11. masukkan santan
12.masukkan ketam
13.gula,garam&gula melaka&asam keping.
14.1kg ketam


hari ni my syg nk mkn sup tulang plak..
so bhn2 dh bli semalam..
cpt je msk guna rice cooker multi purpose ni..
45minit je dh masak..
so ini lah hasilnya sup tulang saya hehehe


ni still dalam periuk lg..
nti dekat nak berbuka baru dihidang dgn bwg goreng..
daun sup&daun ketumbar...
wah wanginya bau sup tulang ni..

My Resepi Sup Tulang..
1. 3bji bwg merah - hiris nipis&tumis
2.4bji bwg pth - hiris nipis&tumis
3.halia hiris - hiris nipis&tumis
4.perencah sup tulang adabi - tumis
5.1 jug air
6. 1 kiub pati ayam knorr
7.1 sk sambal lada yg biasa kita mkn kt rmh org kawin 2@pn blander je cili padi ltk cuka gula garam@nk sng ltk je cili padi mayang nipis
8.1 sk sos tiram
9.1 sk serbuk lada sulah
10. ubi kentang
11.saderi&cendawan
12.bwg grg sdri lg best
13.daun sup,daun bwg&daun ketumbar
14.1 bji bwg besar dibelah 4
15.1 kg tulang lembu
siap dihidang selamat mencuba yea =)


Slide Show Widget

Color me with your online