desinger

Thursday, January 3, 2013

MARI BERSEDEKAH!




Assalamualaikum w.b.t uooollssss :)

Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana ALLAH S.W.T adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya,walaupun ia telah kembali menemui ALLAH S.W.T  di alam Barzakh. Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak "MEMILIKI" tetapi kerana banyak "MEMBERI"..


Jangan kedekut nak bersedekah buat pahala especially bila kita tolong orang, kena la ikhlas tolong kerana ALLAH,nak pahala banyak,bukan semata-mata nak ganjaran upah yang tak seberapa SERINGGIT DUA RINGGIT..BUKANKAH PAHALA MENOLONG ORANG SEIKHLAS HATI ITU BESAR GANJARANNYA DARIPADA UPAH YANG TAK SEBERAPA ITU??Lately,manusia sekarang pentingkan materialistik,harta,kekayaan,KEDEKUT&BERKIRA tanpa mementingkan&memikirkan  hubungan persaudaraan,perasaan&sensitivity orang lain. Manusia sekarang yang luarannya baik tetapi HIPOKRIT DIDALAM..NAUZUBILLAH...susah untuk kita nak evaluate orang lain,padahal kita dah sehabis baik berbuat baik,bukan mahukan balasan tetapi just nak orang itu menghargai apa yang telah kita lakukan selama ini.Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kebaikan mu itu.





Antara adab – adab bersedekah adalah :
1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)
2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak
3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)
4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran
5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)
6. Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil
7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)
8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih
9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10. Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

P/S : TAKE NOTE..APA YANG DITULIS INI SECARA UMUM TIDAK DITUJUKAN KHUSUS KEPADA SESIAPA..HANYA MELUAH APA YANG TERBUKU DIHATI..DIRECTLY STREET TO THE POINT,MAAF CAKAP JIKA TERASA.WALLAHHUAKLAM...>_<






No comments:

Post a Comment

Slide Show Widget

Color me with your online