desinger

Thursday, January 10, 2013

Family Dinner

Assalamualaikum w.b.t

For our dinner tonight kitaorang terajin la pula nak main masak-masak macam master chef bagai nge nge nge
Menu kitaorang simple je malam ni Sambal Ikan Tongkol,Pucuk Paku Tumis Ikan Bilis dan Peria+karot goreng belacan..memandangkan si little iman tidur awal so boleh la papa dan mummy main masak-masak hehe main masak -masak je tau jangan salah faham hehe so bertungkus lumus lah kami kat dapur kan ekekeke ^_^
So ini dia resepinya main campak-campak je pun >.<
By the way,dah lama blog ioollss ni sunyi dari resepi masakan so rindu la nak share resepi yang tak seberapa ni kat blog yang tak seberapa ni hehe ^_^





SAMBAL IKAN TONGKOL

* 1 ekor ikan tongkol - direbus dahulu dgn garam,asam keping,lengkuas&gula merah/melaka
* 5 tangkai cili kering / cili giling - tumbuk/kisar
* 4 ulas bawang merah - tumbuk/kisar
* 4 ulas bawang putih - tumbuk/kisar
* 2 inci halia - tumbuk/kisar
* 1 biji bawang besar - hiris bulat
* 5 tangkai cili padi - hiris nipis2
* 1 batang serai - titik/ketuk
* 1 biji cili besar - hiasan/hiris nipis
* 1/2 sudu kicap pekat manis
* 2 sudu sos cili
* 2/3 sudu air asam jawa
* garam,gula/gula merah/melaka secukup rasa
* minyak  untuk menggoreng dan menumis

Cara membuat :-

1.ikan tongkol dibersihkan dipotong bulat nipis, kemudian rebus,petua umie ioolllsss jangan rebus dengan air ya,sebab nak bagi masin masuk dalam isi ikan,just rebus dengan garam,asam keping,gula merah dan lengkuas sahaja,if nk buat kari pun mesti kena rebus macam ni juga,sebab air basuhan ikan tadi masih ada walaupun dah ditoskan :)
2.panaskan minyak,goreng ikan tongkol,kemudian ketepikan.
3.keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4.tumiskan bahan kisar/tumbuk tadi hingga pecah minyak,masukkan hirisan bawang besar,cili,serai,air asam,kicap pekat,garam,gula dan perasa secukupnya.
5.akhir sekali masukkan ikan tongkol,gaul rata,masukkan cili besar angkat dan hidangkannya ^__^





PUCUK PAKU TUMIS IKAN BILIS


* pucuk paku
* ikan bilis
* 5 tangkai cili padi - tumbuk
* 3 ulas bawang merah - tumbuk
* 3 ulas bawang putih - tumbuk
* 1 sudu kecil knorr pasti sedap
* 1 sudu sos tiram
* 1 sudu kecil kicap masin
* garam dan gula secukup rasa

Cara membuat :-

1.tumis bawang putih,bawang merah hingga naik bau kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk,kemudian ikan bilis,gula,garam,serbuk pasti sedap,sos tiram,hingga ikan bilis agak garing dan naik bau.
2.masukkan sos tiram,kicap masin.
3.akhir sekali masukkan pucuk paku.
4.siap dihidang ^_^






PERIA DAN KAROT GORENG BELACAN


* peria - dihiris/direndam dengan air garam
*karot - dihiris nipis
*3 ulas bawang putih - dihiris
*2 ulas bawang merah - dihiris
*4 tangkai cili padi - dihiris nipis
*1 sk pasti sedap
*1 sk serbuk lada sulah
*1 sb sos tiram
*1 sudu belacan
*gula,garam dan perasa secukup rasa


Cara membuat :-

1.tumis kesemua bahan yang dihiris.
2.masukkan sos tiram,belacan,pasti sedap,gula dan garam.
3.akhir sekali masukkan peria dan karot.
4.siap dihidang..very the kacang kan heheh >_<








No comments:

Post a Comment

Slide Show Widget

Color me with your online