desinger

Thursday, May 23, 2013

Mabuk Beli HP!

Disebabkan dah ada rebat untuk hp sekarang dah 3kali beli hp guna rebat haha
Kebetulan Hp rosak so ape lagi jeng..jeng..jeng..!

First,en.suami guna rebat untuk hp samsung galaxy y,second samsung galaxy y jugak hehe
So now,aku nak cari lagi satu yang sesuai la untuk ganti hp Nokia yang dah rosak tu.

Jangan lepaskan peluang yang ada hukhuk
So sape2 yang berminat nak daftar online rebat sila klik disini ok https://komunikasibelia.skmm.gov.my/

Eh boleh ke sorang beliii dua tiga hp..of course la tak boleh ekekeke
satu hp untuk satu orang saja maa..
so pandai2 la kan nak hidup ekekekeke ^____^

Tuesday, May 21, 2013

Lawatan Sambil Belajar!


Eh..lawatan sambil belajar?ada sedikit keanehan disitu siapa yang belajar(Tanda Soal) siapa??
Tentulah si anak yang baru nak belajar mengenali burung-burung hehe

Tapi yang over nya mak dia ni baru nak belajar baru nak ambil tau pasal burung hewhew dulu-dulu sangat tak kisah ape ke name semua burung-burung itu bhahaha teruk kan :-P

So before entrance, mesti la kena beli tiket dulu kan tak kan nak main serbuuu masuk macam budak sekolah bagai kan hihihi so ini dia tempat jual tiket daaaaaaa...



Harga tiket telah tertakluk kepada terma dan syarat yep.Mak aiiiiiih!Sekian selamat bercuti-cuti Malaysia kawan-kawan >_<


Maknya hanya tau si burung putih merpati dan si burung gagak hitam sahaja.Putih itu tidak semestinya bersih,Hitam itu tidak semestinya kotor , pilihlah Boomm pencuci no1 diMalaysia eh eh ape pulak ni iklan sabun pulak ni ^_^ hahahahhehehe

Last week en.suami ada masa menemani si isteri dan juga si anak membuat lawatan sambil berjalan-jalan di Taman Burung World's Largest KL Birds Park >_<

Ayuh jalankan misi menjejak si gagak hitam!KESIAN si gagak jugak yang mendapat name kenapa tidak ada name burung lain kah yang lebih glamour??Well...well...well >_<






So to anyone yang tak mau tersesat and ikut tempat yang sama berulang-ulang kali better hafal maps dibawah okaiii hahahaha (^_^)

Jangan tengok je tau jangan lupa snap sekali huhu
nk bergambar depan ni pun boley je :)



Mummy yang SUPEREXCITED daripada Si Anak!Ok Fine! 



Sila rujuk disini kepada semua pengunjung ^_^



Harga makanan dan minuman disini sudah mengikut terma dan syarat hmm 
so kepada yang ingin berkata ianya mahal sila hentikan kata-kata itu serta merta!

One more thing jangan segan silu dan jangan lupa seludup bekalan makanan dan minuman dalam beg masing-masing sebelum ke taman burung hihihiihi



1 2 3 Action!



Sape2 nak pergi taman burung mesti lalu jln ni mesti tertengok punya lah :)



Wow!Amazing ^_^



Love u both so strong dunia&akhirat 
Terima kasih Ya Allah ^_^



Hello where u come from?
What?nak mkn tisu ni eh xboleh2 hukhuk



Jom come on sayang kita daki bukit ni laju-laju >_<



Aku ingin terbang bebas di awan :)
How could i..how could i???
Fly??Fly!



Rehat sebentar bersama KitKat!Peace Yoo!



Anak dan Papa disini tapi dimane mummy?
siapa yang snap pic ni sayang?
how could you leave me alone uwaaaaaaaaa!


Very nice view..i like fish ever!



Merak kayangan.Cantik kan!
Sorry Gagak dirimba tak der!


Mohon maaf semua ini entry sangat banyak gambar hehehe



Sungguh mengasyikkan feeewwww!



Alahai malu-malu kucing konon kamu!
Sampai hati kamu tunjuk ekor jek!
Wah kamu mr.parot look so serious! 
jelingan mu itu sungguh menakutkan hukhuk



Panaskan cuaca hari ni?
 ape kata kita semua berteduh dibawah bayang-bayang ni.
Ahhhhh!leganya dapat berlindung daripada sinaran uv ekekeke



Cer teka yang mane satu?hah mesti yang ini kan?
haaaa ini diaaaaaaa well  done!



Tengok camera sayang 1 2 3
tak pela mummy sorang je la tengok
iman nk tengok kt bawah ni ada burung :)



Asyik pandang tempat lain je iman ni >_<
mummy..papa..tak habis2 lg ke berambar iman dah boring okaii ukhuk
ok mummy&papa ngerti sayang sabar ye syg!
mummy&papa do the best gigih bergambar untuk tatapan dihari muka :)



Flamingo :)



Our Action :)



Still not enough


Even penat but really have so much fun together!


Alhamdulillah misi kami completed!
Insyaallah burung-burung semua ada masa kita jumpa lagi!
see you guys!











Glad We're Back Again!

Assalamualaikum w.b.t

After cuti balik kg hari tuh MALAS tetiba datang menyapa bercakap dengan HATI tak payah tulis lagi la next time jer,HATI pulak cakap weh aku nak tulis juga lama dah tak menulis.Finally!Gigih menulis semula selepas sebulan yang lalu membiarkan blog ni sunyi sepi sendirian.Lonely..i was so lonely..i have no body..lalalalala

We truly had a great time in Pasir Mas,Kelantan for one weeks.Alhamdulillah selamat selesai majlis si anak teruna kesayangan hamba menyambut Akikah dan hari kelahiran yang ke 1tahun tempoh bulan yang lepas bukan tempoh hari hikhikhik Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan yang sudi hadir meluangkan masa bagi memeriahkan majlis kami sekeluarga.




Amat-amat berbesar hati dengan kehadiran anak tok guru iaitu Ustaz Nik Abduh B.Nik Aziz yang sudi meluangkan masa beliau bersama memeriahkan majlis kami sekeluarga.




Sekalung ucapan terima kasih kepada kakak kesayangan Hazz Rayna dan adik kesayangan Lascaponsa Bridal kerana sudi menaja kek birthday yang super duper yummylicious dan decorated birthday party yang super duper daboooommm!Cantik!




JUTAAN Milion ucapan terima kasih buat en.suami kesayangan kerana banyak membantu melakukan yang terbaik bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.Jasamu akan ku kenang selalu sayang.L.O.V.E U SO STRONG emuaaaacchhhff! ^_^

Juga BERKALUNG-KALUNG rantai emas berlian eh bukan!hehe juga berkalung ucapan terima kasih kepada sebelah keluarga mertua dan keluarga yang banyak mengerahkan tenaga sehingga berpeluh-peluh membanting tulang empat kerat bagi menjayakan majlis.So pada hadirin yang hadir tak boleh membazir yep!satu biji nasi ibarat satu titik peluh kami sekeluarga  hihihi >_<

Umi abah, ma abah dan semua mereka-mereka kat kg tu,nanti kami balik lagi ya..Always homesick hukhukhuk


Friday, April 12, 2013

Preparation Birthday Boy&Akikah

Actually,hujung bulan ni kita orang nak balik kg halaman tercinta nun jauh disana.Segala persiapan awal telah  pun siap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit >.<

Preparation untuk menyambut hari lahir little iman, sangat tidak sabar oleh sang hati seorang yang bernama ibu..Oh ibu! kau disiram bayu pagi...kau kasih sejati..untukmu ibu! 

Hah untukku juga ibu..?Sebenarnya ibu ini juga berkongsi tarikh lahir yang sama juga dengan si anak.So persiapan berganda diperlukan oleh itu, hati juga berganda-ganda keriangan menanti detik waktu dan saat itu nanti insyaallah moga semuanya berjalan lancar Amin..>_<

Jom Ronda Digital Mall,KWC&Party Heaven >.<



Kad jemputan dah siap..ala buat sendiri main edit-edit letak-letak je pun..insyaallah saya akan tag pada kawan-kawan yang mengenali untuk hadir memeriahkan majlis itu nanti.

Hanyalah Sekeping Kad Yang Sederhana hukhuk




Majlis Akikah dan Majlis Hari Jadi anak dan mak..eh 3in1 la ni heehehe Alhamdulillah anak mak da besor macam tak caya pulak ^_^

So masa yang ada ni menyempat la shopping sambar barang-barang for preparation birthday party kt Taman melawati KL name kedai dia PARTY HEAVEN ni page link nya che kit daoud! https://www.facebook.com/pages/Party-Heaven/197195406981563?fref=ts

Maps semua dah ada kt page dia
So tak yah nak bersesat-sesat bagai cari kedai ni :)

                                                                     
 PJ section14 pun ada name kedai BB PARTY CENTRE...Ala alang-alang pergi jumpa adik ipar kt KL so singgah je la kan jalan-jalan.Kt kedai dia macam-macam ada cakap je nak ape semua ada..banner,goody bags,cone hats,cup,plates with the charactor party,pinata,baloon with varieties color design and much more!Macam-macam cantik-cantik semua nak beli uwaaaaaaa hover!Ok bye.Sekian >_<

Tuesday, March 19, 2013

Aku Bo Bo Bo Bo Bo...???

Bangun pagi je tetibeeee dengar sesuatu bunyi criut cret criut cret perut comel ni dah lapar hukhuk
Bunyi perut rupanya lol (^_^)

Ape kes?Kesnya sape suruh skip dinner last night..Amekaw >_<
Suami ape lagi cepat-cepat turun bawah pergi cari nasi lemak untuk si isteri jantung hati.

Nasi lemak sambal udang petai 1 untuk dia dan nasi lemak sambal ikan bilis petai 1 untuk saye.
Dan 3 kuih seri muka untuk saye jugak!Nah makan sampai boroi perut ekekeke >_<

After makan kenyang-kenyang settlekan semua tugasan mak-mak orang ni.Bila segala tugasan rumah dah siap beres,rest kejap tarik nafas panjang-panjang hembus fuuuuhhhhhhhh!

Sambil mata tengok tv,telinga pulak dengar radio.Tetiba terjerit-jerit si Stacy (aku bo bo bo bo bo bosan bla bla bla bla bla bla bla....) aku pun terjerit-jerit sekali ikut lirik lagu yang berkumandang tu tak tahan beb dengar stacy sorang je ape kata kita duet ye stacy peeewwiiittttt! *___*

Suami terlopong pandang muka isteri,isteri pulak pandang muka suami (dalam hati suami ape kena la bini aku hari ni terjerit-jerit,terkial-kial berjoget dah buang tabiat ke hape confius..agaknya betul-betul bosan la ni bini aku kat rumah).Motip tersirat nak ajak date la ni. Hah tau tak per hekhekhek

Suami tetiba yangggg jom g janjalan nak?Midvalley nak?Isteri,hah?okey jom!Yeayyyyy!!!
Dalam perjalanan..tengok dah jem..asyik jem je huih.Tapi tidak sesekali mematahkan semangat membuak-buak untuk kami pergi date.

Si Little iman pulak,ooo asal jem je tidur.(baik aku tidur daripada tengok jem yang membosankan,bila dah buka je mata dah sampai..menuju ke destinasi yeah yeah puncak cinta tertinggi yeah yeah aku menunggumu..aku tak kan jemu..oppsss..opppsss minta maaf..stop stop ni lagu datuk siti okey tak sesuai dengan suara saye sebab saye masih bayi tak boleh nak bercinta lagi ehem-ehem) 


ok bye!kita dah sampai.....
yuhhhuuuuuuuuuuuu!Alhamdulillah ^___^



Sunday, March 17, 2013

Nak Sangat Kulit Cantik Luar&Dalam Nah Ni Dia!


Sejak dah berstatus emak orang dan isteri orang ni kecantikan&kesihatan luar&dalam haruslah dijaga kan,nak cantik untuk suami dan untuk self-confident orang kata.
Hah..ni baru anak sorang dah macam-macam nak kena pakai,macam-macam produk nak kena makan.Lately sekarang macam-macam produk yang kita tak tau ingredients chemical nya yang berbahaya untuk kesihatan kita.
So tak payah la nak susah-susah makan supplement yang entah ape-ape kandungannya.Lebih selamat makan la Pure Marine Collagen(PMC) ni.Orang cina,Retis(artis) dah berkurun dah mengamalkan makan PMC ni.Orang kita baru sekarang nak cuba-cuba makan.
Bukan sahaja wanita nak cantik,lelaki pun boleh amalkan PMC ni tau.Selain tu,ibu mengandung 4bulan keatas,ibu menyusu juga boleh mengamalkan PMC ni.Saye sudah merasa kulit semakin lembap,tumit kaki semakin licin,kuku dan rambut semakin sihat bersinar ^_^
Mohon jangan la takut untuk mencuba.It's not too late if nak try.Ianya amat-amatlah berkhasiat.Nak kulit gebu,putih melepak pun boleh,nak tegang pun boleh,nak langsing pun boleh,nak buang selulit dan jerawat pun boleh,nak ape lagi ni nak mencegah penyakit merbahaya seperti tyroid pun boleh insyaallah semua pun boleh la dengan izin Allah s.w.t ^_^

Rahsia kejelitaan kulit masyarakat China, Korea dan Jepun
TIDAK PERLU LAGI MAKAN COLLAGEN YANG MAHAL...CUBALAH IBU KOLAGEN/MARIN KOLAGEN ASLI..SANGAT BERKESAN..YANG PENTING JIMAT DAN KESANNYA SETANDING DENGAN KOLAGEN LAIN..MALAH LEBIH DARIPADA ITU...
IBU KOLAGEN ASLI 100%/PURE MARINE COLLAGEN/SARANG BURUNG LAUT/RUMPAI LAUT KERING INI ADALAH HALAL BAGI ORANG ISLAM.
Pssttt: Jangan takut untuk mencuba......kecuali yang ada alahan pada makanan laut......juga boleh mencuba dulu...jika tak sesuai jgn teruskan..
So sesiapa yang berminat nak try directly contact me as well..
harganya murah-murah-murah  jer kindly msj,inbox,pm me tq >_<


Suka Tok Tek Tok Tek (explore)

Ahaaaaaaaaaa...Taaraaaaaaaaaaaaa..!!
Blog header baru la hehe

Fuhhhhh!Finally dah siap legaaa+teruja+main tekan-tekan+edit-edit je
dengan kemahiran yang super hadoo ni ^_^

Hilang kebohsanan sementara little iman tengah sedap tidur lena dibuai mimpi >_<
Tau-tau je si gedebob ni dah bangun mujur sempat siap sambil-sambil explore window8 ni beshhhhh!
Baru sekarang sempat nak explore lama-lama sampai dah naik juling biji mata hitamku *_*


pssstt: si anak dah bangun!ok bye!


Wednesday, March 6, 2013

AL-KISAH MUMMY,PAPA AND GROCERY SHOPPING

Setiap hari minggu pasti dinanti oleh pasangan suami isteri dan juga bagi pasangan bercintan-cintun sepanjang zaman.Kesian sangat dah kat isteri yang semakin kebosanan duduk berhari-hari kat rumah jek.

So,suami pun ajak la keluar berawal-awal pagi.Disebabkan si isteri tidak berapa sihat ajakan si suami membuatkan si isteri tiba-tiba bertambah sihat.

Sebelum tu,singgah dulu kt klinik checkup kesihatan isteri yang sekejap pening,sekejap muntah oooh my..rupanya food poisoning..before meneruskan langkah Doktor nasihatkan makan ubat dahulu kt situ juga,aku akur macam dipaksa dan terpaksa lalu menelan ubat yang amat la pahit VS mujarab >_<

Akhirnya,kami sampai di Paradigm Mall&Tesco..nak pergi Tesco dulu ke Paradigm Mall dulu ni,ok Tesco dulu for Grocery Shopping.Kaki semakin melangkah laju semua barang nak tengok dan tambah TERUJAAA ^_^ Si anak suka explore nak naik trolly dari stroller sendiri..terjerit-jerit teruja 1 Tesco bergema suara little iman hohohoho 


Sambil berjalan satu tangan suami sorong stroller,satu tangan lagi pimpin isteri.Isteri ini selalu mesti dipimpin if tak,suami toleh je dia DAH HILANG,toleh je dia DAH HILANG,macam Chipsmore kejap ada kejap tak de,kalau ada pun jumpa-jumpa kat kedai baju..tak pun kedai yang ada jual shawl..tak pun kedai kasut..tak pun kedai handbag..tak pun dah duduk kat kerusi cz dah letih sangat berjalan..tak pun aiiiii berapa banyak TAK PUN..daaaaaaaaaa ^_^

After dah penat lenguh-lenguh cari barang dapur,papa menyempat lagi nak urutkan badan yang dah lenguh-lenguh..aii dah mengalahkan orang yang tak sihat,dia pula yang cepat letih,si little iman pun sibuk nak merasa juga kerusi urutan tu,sampaikan tertidur nyenyak kt atas riba papa (rupanya best sangat kerusi ni papa macam buaian kroih..kroih..kroih..Zzzzz)



from level LG (Tesco) terus ke Level 2F food and Baverages having lunch yang tidak dirancang The Chicken Rice Shop.Disebabkan tekak tidak boleh menerima makanan yang pelik-pelik lagi spicy and oily..Jom nikmati bersama..(bukan sekadar nasi ayam kok..kok..kok..bunyi ayam jantan yang tak berapa nak berkokok dek kerana masalah kesihatan) yummmyeah! oh nasi ayam sebaik-baiknya mohon tidak keluar balik ohohoho  



Si anak baru sahaja tidur,sambil tunggu makanan sampai little iman dah pun nyenyak dibuai mimpi indah.YES!YES!Sayang sayang mummy kamoo tidur lama-lama sikit ya..(Tetiba lagu akak Ziana Zain berkumandang..Sekebun Cinta Nan Berbunga..) feeling habis..mummy dengan papa kamu ini mau berdating macam style zaman bujang-bujang dulu kala,makan satu i suap u,makan dua u suap i,pastu stop sekejap tengok muka pasangan sambil tersenyum simpul sampai terbelit-berbelit-belit,sambung makan,senyum-senyum,gelak-gelak manje,hati berbunga-bunga kembang sekebun tak cukup setaman,hahaaahaha Sempat tumbuh bunga lagi siap bunga terselit kt tepi tudung kt pipi haaa betapa slow motionya makan zaman bujang dulu hikssss ^__^ Tapi kalau si anak kesayangan ni dah terbangun maunya papa dan mummy makan 2kali ganda suap dah habis satu pinggan,air sekali sedut dah habis 1gelas......
                                                     LAJU BUKAN? >_<






p/s: hoi...hoii..jangan la tarik...kamoo meh sini..okey jom..mummy buat susu dan tidur..cepat bertindak a busy mom!


Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul (YAHANANA)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni weollsss tak keluar mane-mane..just duduk rumah beristirehat sahaja sambil makan-makan tengok tv dan tidur dan mengadap laptop huhu my little iman tak berapa sihat so tak dapat la nak keluar berjimba-jimba sakan.Just nak ke klinik sahaja checkup budak debok-debok ni demam.Tak nak berceloteh banyak kat sini nak share resepi ikan siakap masak stim je hehehe



IKAN SIAKAP STIM >_<

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 2 ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang besar(potong bulat)
  • 11/2 inci halia muda( potong memanjang)
  • 21 biji lada cili api merah( potong bulat2...kurangkan jika tidak suka pedas)
  • 3 biji limau nipis( yg sedang...diperah ambil airnya)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 camca besar sos tiram
  • 3 camca besar ikan
  • 1 camca besar serbuk pasti sedap knorr
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 biji tomato
  • garam,gula,ajinomoto secukupnya
  • 2 batang serai (titik)
  • daun sup@daun ketumbar(hiasan)

Cara-cara

  1. panaskan pengukus sehingga air mendidih....sapukan sedikit garam,gula,serbuk lada sulah,serbuk pasti sedap,sos ikan dan ajinomoto pada ikan perap sehingga 15-20minit dan kukus seketika
  2. sediakan mangkuk..masukkan bawang besar..bawang putih,tomato,halia muda,cili api,serai,limau nipis,sos tiram, sos plum,garam gula,ajinomoto secukupnya..gaul sebati
  3. kemudian taburkan diatas ikan yg telah dikukus sebantar tadi..kukus lagi sehingga masak..setelah masak bolehlah dihiaskan dengan daun sup @daun ketumbar... dihidangkan..selamat mencuba very the kacang hijau je >_<


OUR LUNCH TODAY :)


SALAM MAUIDUR RASUL :)










Slide Show Widget

Color me with your online