desinger

Saturday, April 23, 2011

I L.O.V.E masaking.....

Keaw Tiaw Goreng Basah@Penang Char Keaw Tiaw

Hari ini saya bersama sepupu bergotong royong berhempas pulas menyediakan hidangan istimewa kesukaan kami berdua.hah nak tau kami masak apa???atas permintaan angah saya gagahkan juga kudrat ni masak keaw tiaw goreng "basah".memang ternyata berselera sekali angah makan yang penting tambah dua kali tau hohohoho alhamdulillah walaupun kita orang penat berjoging kat taman bukit jalil namun berbaloi memanjakan perut dengan hidangan pagi tadi...tersenyum sendiri perut kami selepas menjamu hidangan tersebut ;-)
Akhirnya selepas kekeyangan saya tertidur bersama angah menganyam mimpi-mimpi indah&yang pasti saya terjaga dari tidur terkejut melihat wajah angah dalam mimpi&diluar mimpi hahhahahahahhaa

My Resepi 
Keaw Tiaw Goreng Basah@Penang Char Keaw Tiaw


Bahan-Bahan Utk 4org

4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 biji cili api
1 plastik cili giling@cili boh
1 ikat daun kucai
1 biji telur
1/2 tauge
1/2 kg udang
1 packet fish cake
1/2 kg kerang
3 sb sos cili
2 sb sos tiram
3 sb sos tomato
1 sb kicap masin@manis
1 sk garam
1 sk gula
1 sk serbuk lada sulah
300 gm keaw tiaw

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......dah terguna sleng org penang dh wuwuwuuw;-P

Soto Nasi Impit Leez hewhewhew:-)

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

5 ketul ketupat mini-saya guna jenama nona

4 ketul ayam-bahagian daging

* 2 ulas bawang putih,2 ulas bawang kecil&sedikit halia-tumbuk

* 1 batang kulit kayu manis,3 biji buah pelaga,1 biji bunga lawang&3 biji bunga cengkih

1 ketul kiub ayam maggie@knorr

1 Packet Fish cake

Minyak utk menumis

Air&garam secukupnya

Bahan2 hiasan: - Tauhu goreng -Kacang tanah goreng -Suhun goreng -Daun sup

Cili api&kicap-utk sambalnye.


Cara-cara:


Rebus ketupat mini sehingga masak lebih kurang 1jam pastikan air yg byk..sesudah masak toskan sehingga kering&sejuk
Rebus isi ayam sehingga masak..ambil isi ayam,hiris memanjang/ikut suka.Air rebusan jgn dibuang.
Panaskan kuali dgn sedikit minyak..tumis bahan2 bertanda * sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya utk 2 orang makan.Kalau x mencukupi boleh ditambah air biasa.masukkan garam secukup rasa.
Masukkan kiub ayam&fish cake.Tggu sehingga mendidih&sup masak.
Potong ketupat mini kepada 4 bahagian,Masukkan kedalam mangkuk dan isikan sup dan bahan2 hiasan bwg goreng,daun sup&daun bwg.

Selamat Mencuba!



Masak Lemak Cili Api Udang&Nanas

Bahan-bahan ( 2 org mkn )

santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja) biasa sya guna santan kotak ayam brand yela kt sni susah skit nk cari santan yg parut ori tuh..
bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
cili padi 12 biji (ditumbuk)
sekeping asam keping
sebatang serai (dititik)
setengah sudu kecik serbuk kunyit
ayam 6 ketul
daun limau purut 2/3 kpg
satu sudu besar udang geragau/udang kering

Cara-cara
Tumiskan bahan-bahan asas spt bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam,udang,daging&dll. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul.
campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau 
kemudian gunakan api yg paling kecil dan kacau.
kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.
masukkan semua bahan-bahan td garam&gula semasa ia mendidih.
siap utk dihidangkan.so simple :-)

Sup Tulang Super Power Pressure Cooker..

Bila teringat super power teringat memory time jogging dgn sepupu sya kt taman bukit jalil.
dia terlebih laju berjogging semangat la katakn sb pkai kasut jogging baru "power"so terlebih jd super power la hinggakan sya pn tertinggal jauh dibelakang huhuhu keep it up angah semangat sakan dia hari tuh.anyway if sape2 mkn sup sya ni confirm terlebih sudah super powernya hahahahah:-D

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih&merah
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2 sket..
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah
bwg besar dipotong 4
bawang goreng hand made kt rmh yg bli xsdp my sygg ckp huhuhu

Cara-cara

Mula-mula cucilah tulang temulang.
Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
Ketuk-ketuk bawang putih&merah dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih&merah.nk potong mayang nipis2 lg sedap sbnryna huhuuhu
Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang sya gna pressure cooker lg cepat jimat masa isi daging pn lbh sdp&lembut Rebuslah sehingga tulang empuk.nk gna rice cooker pn blh tp kna gna yg ada penutup nasi yg besi@kaca yg ada lubang kt penutup dia yg blh keluar wap.
Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.
So easy very the kacang..Let's try it jst at home!ngeh2















No comments:

Post a Comment

Slide Show Widget

Color me with your online