desinger

Tuesday, March 19, 2013

Aku Bo Bo Bo Bo Bo...???

Bangun pagi je tetibeeee dengar sesuatu bunyi criut cret criut cret perut comel ni dah lapar hukhuk
Bunyi perut rupanya lol (^_^)

Ape kes?Kesnya sape suruh skip dinner last night..Amekaw >_<
Suami ape lagi cepat-cepat turun bawah pergi cari nasi lemak untuk si isteri jantung hati.

Nasi lemak sambal udang petai 1 untuk dia dan nasi lemak sambal ikan bilis petai 1 untuk saye.
Dan 3 kuih seri muka untuk saye jugak!Nah makan sampai boroi perut ekekeke >_<

After makan kenyang-kenyang settlekan semua tugasan mak-mak orang ni.Bila segala tugasan rumah dah siap beres,rest kejap tarik nafas panjang-panjang hembus fuuuuhhhhhhhh!

Sambil mata tengok tv,telinga pulak dengar radio.Tetiba terjerit-jerit si Stacy (aku bo bo bo bo bo bosan bla bla bla bla bla bla bla....) aku pun terjerit-jerit sekali ikut lirik lagu yang berkumandang tu tak tahan beb dengar stacy sorang je ape kata kita duet ye stacy peeewwiiittttt! *___*

Suami terlopong pandang muka isteri,isteri pulak pandang muka suami (dalam hati suami ape kena la bini aku hari ni terjerit-jerit,terkial-kial berjoget dah buang tabiat ke hape confius..agaknya betul-betul bosan la ni bini aku kat rumah).Motip tersirat nak ajak date la ni. Hah tau tak per hekhekhek

Suami tetiba yangggg jom g janjalan nak?Midvalley nak?Isteri,hah?okey jom!Yeayyyyy!!!
Dalam perjalanan..tengok dah jem..asyik jem je huih.Tapi tidak sesekali mematahkan semangat membuak-buak untuk kami pergi date.

Si Little iman pulak,ooo asal jem je tidur.(baik aku tidur daripada tengok jem yang membosankan,bila dah buka je mata dah sampai..menuju ke destinasi yeah yeah puncak cinta tertinggi yeah yeah aku menunggumu..aku tak kan jemu..oppsss..opppsss minta maaf..stop stop ni lagu datuk siti okey tak sesuai dengan suara saye sebab saye masih bayi tak boleh nak bercinta lagi ehem-ehem) 


ok bye!kita dah sampai.....
yuhhhuuuuuuuuuuuu!Alhamdulillah ^___^



Sunday, March 17, 2013

Nak Sangat Kulit Cantik Luar&Dalam Nah Ni Dia!


Sejak dah berstatus emak orang dan isteri orang ni kecantikan&kesihatan luar&dalam haruslah dijaga kan,nak cantik untuk suami dan untuk self-confident orang kata.
Hah..ni baru anak sorang dah macam-macam nak kena pakai,macam-macam produk nak kena makan.Lately sekarang macam-macam produk yang kita tak tau ingredients chemical nya yang berbahaya untuk kesihatan kita.
So tak payah la nak susah-susah makan supplement yang entah ape-ape kandungannya.Lebih selamat makan la Pure Marine Collagen(PMC) ni.Orang cina,Retis(artis) dah berkurun dah mengamalkan makan PMC ni.Orang kita baru sekarang nak cuba-cuba makan.
Bukan sahaja wanita nak cantik,lelaki pun boleh amalkan PMC ni tau.Selain tu,ibu mengandung 4bulan keatas,ibu menyusu juga boleh mengamalkan PMC ni.Saye sudah merasa kulit semakin lembap,tumit kaki semakin licin,kuku dan rambut semakin sihat bersinar ^_^
Mohon jangan la takut untuk mencuba.It's not too late if nak try.Ianya amat-amatlah berkhasiat.Nak kulit gebu,putih melepak pun boleh,nak tegang pun boleh,nak langsing pun boleh,nak buang selulit dan jerawat pun boleh,nak ape lagi ni nak mencegah penyakit merbahaya seperti tyroid pun boleh insyaallah semua pun boleh la dengan izin Allah s.w.t ^_^

Rahsia kejelitaan kulit masyarakat China, Korea dan Jepun
TIDAK PERLU LAGI MAKAN COLLAGEN YANG MAHAL...CUBALAH IBU KOLAGEN/MARIN KOLAGEN ASLI..SANGAT BERKESAN..YANG PENTING JIMAT DAN KESANNYA SETANDING DENGAN KOLAGEN LAIN..MALAH LEBIH DARIPADA ITU...
IBU KOLAGEN ASLI 100%/PURE MARINE COLLAGEN/SARANG BURUNG LAUT/RUMPAI LAUT KERING INI ADALAH HALAL BAGI ORANG ISLAM.
Pssttt: Jangan takut untuk mencuba......kecuali yang ada alahan pada makanan laut......juga boleh mencuba dulu...jika tak sesuai jgn teruskan..
So sesiapa yang berminat nak try directly contact me as well..
harganya murah-murah-murah  jer kindly msj,inbox,pm me tq >_<


Suka Tok Tek Tok Tek (explore)

Ahaaaaaaaaaa...Taaraaaaaaaaaaaaa..!!
Blog header baru la hehe

Fuhhhhh!Finally dah siap legaaa+teruja+main tekan-tekan+edit-edit je
dengan kemahiran yang super hadoo ni ^_^

Hilang kebohsanan sementara little iman tengah sedap tidur lena dibuai mimpi >_<
Tau-tau je si gedebob ni dah bangun mujur sempat siap sambil-sambil explore window8 ni beshhhhh!
Baru sekarang sempat nak explore lama-lama sampai dah naik juling biji mata hitamku *_*


pssstt: si anak dah bangun!ok bye!


Wednesday, March 6, 2013

AL-KISAH MUMMY,PAPA AND GROCERY SHOPPING

Setiap hari minggu pasti dinanti oleh pasangan suami isteri dan juga bagi pasangan bercintan-cintun sepanjang zaman.Kesian sangat dah kat isteri yang semakin kebosanan duduk berhari-hari kat rumah jek.

So,suami pun ajak la keluar berawal-awal pagi.Disebabkan si isteri tidak berapa sihat ajakan si suami membuatkan si isteri tiba-tiba bertambah sihat.

Sebelum tu,singgah dulu kt klinik checkup kesihatan isteri yang sekejap pening,sekejap muntah oooh my..rupanya food poisoning..before meneruskan langkah Doktor nasihatkan makan ubat dahulu kt situ juga,aku akur macam dipaksa dan terpaksa lalu menelan ubat yang amat la pahit VS mujarab >_<

Akhirnya,kami sampai di Paradigm Mall&Tesco..nak pergi Tesco dulu ke Paradigm Mall dulu ni,ok Tesco dulu for Grocery Shopping.Kaki semakin melangkah laju semua barang nak tengok dan tambah TERUJAAA ^_^ Si anak suka explore nak naik trolly dari stroller sendiri..terjerit-jerit teruja 1 Tesco bergema suara little iman hohohoho 


Sambil berjalan satu tangan suami sorong stroller,satu tangan lagi pimpin isteri.Isteri ini selalu mesti dipimpin if tak,suami toleh je dia DAH HILANG,toleh je dia DAH HILANG,macam Chipsmore kejap ada kejap tak de,kalau ada pun jumpa-jumpa kat kedai baju..tak pun kedai yang ada jual shawl..tak pun kedai kasut..tak pun kedai handbag..tak pun dah duduk kat kerusi cz dah letih sangat berjalan..tak pun aiiiii berapa banyak TAK PUN..daaaaaaaaaa ^_^

After dah penat lenguh-lenguh cari barang dapur,papa menyempat lagi nak urutkan badan yang dah lenguh-lenguh..aii dah mengalahkan orang yang tak sihat,dia pula yang cepat letih,si little iman pun sibuk nak merasa juga kerusi urutan tu,sampaikan tertidur nyenyak kt atas riba papa (rupanya best sangat kerusi ni papa macam buaian kroih..kroih..kroih..Zzzzz)



from level LG (Tesco) terus ke Level 2F food and Baverages having lunch yang tidak dirancang The Chicken Rice Shop.Disebabkan tekak tidak boleh menerima makanan yang pelik-pelik lagi spicy and oily..Jom nikmati bersama..(bukan sekadar nasi ayam kok..kok..kok..bunyi ayam jantan yang tak berapa nak berkokok dek kerana masalah kesihatan) yummmyeah! oh nasi ayam sebaik-baiknya mohon tidak keluar balik ohohoho  



Si anak baru sahaja tidur,sambil tunggu makanan sampai little iman dah pun nyenyak dibuai mimpi indah.YES!YES!Sayang sayang mummy kamoo tidur lama-lama sikit ya..(Tetiba lagu akak Ziana Zain berkumandang..Sekebun Cinta Nan Berbunga..) feeling habis..mummy dengan papa kamu ini mau berdating macam style zaman bujang-bujang dulu kala,makan satu i suap u,makan dua u suap i,pastu stop sekejap tengok muka pasangan sambil tersenyum simpul sampai terbelit-berbelit-belit,sambung makan,senyum-senyum,gelak-gelak manje,hati berbunga-bunga kembang sekebun tak cukup setaman,hahaaahaha Sempat tumbuh bunga lagi siap bunga terselit kt tepi tudung kt pipi haaa betapa slow motionya makan zaman bujang dulu hikssss ^__^ Tapi kalau si anak kesayangan ni dah terbangun maunya papa dan mummy makan 2kali ganda suap dah habis satu pinggan,air sekali sedut dah habis 1gelas......
                                                     LAJU BUKAN? >_<






p/s: hoi...hoii..jangan la tarik...kamoo meh sini..okey jom..mummy buat susu dan tidur..cepat bertindak a busy mom!


Slide Show Widget

Color me with your online